Panduan percuma untuk menubuhkan Pekongsian Liabiliti Terhad (PLT)

 

tax-zakat-cukai-lhdn-ssm-irb-kastam-gst-lembaga-hasil-dalam-negeri

Sila Klik Disini untuk Mendapatkan eBook Percuma


En. Kamaludin Abdul Rahman telah berkecimpung dalam dunia bisnes dan keusahawanan sejak bergraduat daripada universiti pada 1987 sehinggalah sekarang. Bidang utama kepakaran beliau termasuklah perakaunan dan percukaian PKS, pengurusan kewangan PKS, kesetiausahaan syarikat dan juga latihan keusahawanan. Beliau merupakan seorang pengamal (practioner) yang mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang-bidang tersebut, dan kini mengendalikan lebih daripada 300 pelanggan PKS diseluruh Malaysia.

Selepas menerima pendidikan peringkat menengah di Parit, Perak, En. Kamaludin mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di UPM dalam tahun 1980. Selepas berjaya mendapat Diploma, beliau kemudiannya menyambung pelajaran dan berjaya memperolehi ijazah Sarjana Muda Sains (Ekonomi Sumber) daripada UPM dalam tahun 1987, Certificate in Taxation daripada ITM dalam tahun 1988, Sarjana Ekonomi (Ekonomi Kewangan) daripada UPM dalam tahun 2000 dan Sarjana Undang-Undang Perniagaan daripada UKM dalam tahun 2008. En. Kamaludin merupakan ahli Malaysian Association of Tax Accountants dan Malaysian Institute of Approved Company Secretaries.

Disamping itu, beliau pernah menjadi pensyarah/tutor sambilan dalam bidang keusahawan di UPM dan ekonomi perniagaan di USIM. En. Kamaludin mendapat latihan khusus dalam bidang percukaian daripada Akademi Percukaian Negara sehingga ke peringkat Percukaian Lanjutan. Kemudian, beliau juga mendapat latihan khusus sehingga ke peringkat lanjutan dalam bidang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) daripada Akademi Kastam Diraja Malaysia.  Selain itu, beliau juga telah dilantik sebagai seorang penasihat luar bagi program Diploma Perakaunan di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan.

Dalam bidang penulisan, En. Kamaludin telah menghasilkan beberapa buah buku, antaranya buku Percukaian untuk Industri Kecil dan Sederhana (1992) dan Pintar Niaga (2015) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Sementara itu, buku Amalan Cukai Barang dan Perkhidmatan di Malaysia masih dalam proses penerbitan oleh pihak DBP.