Statut mengehendaki setiap syarikat mempunyai sekurang-kurangnya seorang setiausaha syarikat. Seseorang setiausaha syarikat yang dilantik hendaklah bentul-betul memahami tugas dan kewajipan setiausaha syarikat menurut undang-undang.
Tiada definisi khas setiausaha syarikat dinyatakan dalam statut. Namun begitu, Seksyen 2 Akta mendefinisikan bahawa pegawai syarikat termasuklah mana-mana pengarah, setiausaha atau pekerja perbadanan. Berdasarkan definisi pegawai syarikat ini, jika suatu peruntukan statut menyatakan bahawa pegawai syarikat adalah bertanggungan, hal ini termasuklah setiausaha syarikat.