kemaskini-syarikat

pelabur-budiman

Ramai newbies yang menubuhkan syarikat sendirian berhad mengambil sikap sambil lewa tentang kemaskini syarikat menurut undang-undang. Penalti ketakpatuhan undang-undang dan kos-kos wajib bagi mengemaskini sebuah syarikat adalah tinggi. Artikel ini memberikan panduan buat usahawan yang berhasrat untuk menubuhkan syarikat. Sebelum itu, mari kita lihat sepintas lalu keistimewaan dan kelemahan syarikat sendirian berhad.

Keistimewaan syarikat

  1. Boleh ditubuhkan dengan seorang pengarah dan seorang ahli.
  2. Limited liability
  3. Separate legal personality
  4. Hayat yang berterusan
  5. Boleh memiliki harta

Kelemahan syarikat

  1. Kos-kos pematuhan kemaskini syarikat yang tinggi
  2. Kompaun ketakpatuhan undang-undang yang tinggi
  3. Ditutup melalui proses undang-undang, sangat rumit.
  4. Kadar cukai adalah tinggi, 18% flat rate atas pendapatan bercukai.
  5. Akaun perlu di audit setiap tahun kewangan dalam tempoh yang ditetapkan.

Sebagai pemilik syarikat, berikut merupakan kos-kos pematuhan kemaskini syarikat yang perlu ditanggung oleh syarikat, walaupun dalam keadaan belum menjalankan bisnes.

Kos-kos pematuhan kemaskini syarikat terdiri daripada

  • Secretarial fee (KL dan Selangor), min. RM1,200 setahun.
  • MBRS Annual return RM350-RM500 setahun
  • MBRS Audit Report RM350-RM500 setahun
  • Audit below RM1M turnover RM1,800 setahun (anggaran).

Jika tiada kemampuan, lebih afdal tubuhkan dahulu perniagaan milikan tunggal dan apabila bisnes sudah meningkat maju, boleh ditukar kepada sendirian berhad. Hal ini disebabkan oleh kos-kos kemaskini syarikat yang tinggi.

Kebanyakan mereka yang datang menubuhkan syarikat adalah untuk suatu yang tidak pasti, bukannya menaiktaraf milikan tunggal kepada syarikat. Misalnya, mereka dijanjikan dengan suatu projek yang perlukan syarikat. Kemudian, projek yang dijanjikan entah kemana dan tinggallah syarikat itu dorman, tanpa kerja-kerja kemaskini syarikat dilakukan. Akibatnya, beban kos-kos pematuhan dan penalti syarikat akan ditanggung oleh semua pegawai atau pengarah syarikat.

Mungkin juga pada tahun pertama bisnes tidak menjadi, atau pelbagai masalah lain. Lalu give-up, dan membiarkan syarikat begitu sahaja tanpa usaha-usaha untuk kemaskini syarikat menurut undang-undang.

Beberapa pertimbangan jika ingin menubuhkan syarikat

  1. Hendaklah mampu menampung kos-kos kemaskini syarikat walaupun syarikat masih belum mendatangkan hasil.
  2. Menukar bisnes milikan tunggal yang sudah maju kepada sendirian berhad.
  3. Hendak membeli rumah kedai, bagi perniagaan yang sudah berjalan.
  4. Hendak menjalankan bisnes joint venture dengan syarikat lain.
  5. Pelabur asing hendak melabur dalam perniagaan.
  6. Sebagai investee berdaftar dengan MBAN untuk permohonan pinjaman daripada angel investor.
  7. Menjalankan perniagaan pembangunan hartanah.
  8. Pinjaman daripada bank mensyaratkan mesti mempunyai syarikat.
  9. Memang suka dengan sifat limited liability dan separate legal personality syarikat.

Mengemaskini Syarikat

Dua aspek paling penting dalam kemaskini syarikat, iaitu; Penyata Tahunan dan Penyata Kewangan. Dua jenis penyata ini hendaklah difailkan kepada SSM setiap tahun kalendar ialah:

Penyata Tahunan

Syarikat dikehendaki menyerah-simpan penyata tahunan kepada Pendaftar pada setiap tahun kalendar tidak lewat daripada tiga puluh hari daripada tarikh ulang tahun syarikat itu ditubuhkan. [seksyen 68(1) AS 2016]

Pendaftar boleh memotong syarikat (strike-off) daripada senarai daftar jika syarikat gagal menyerah-simpan penyata tahunan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut atau lebih. [seksyen 68(8) AS 2016]

Penyata Kewangan

Bagi setiap tahun kewangan, syarikat hendaklah menyerah simpan Penyata Kewangan dan laporan ke pejabat Pendaftar menurut peraturan berikut: [Seksyen 259(1) AS 2016]

Bagi syarikat persendirian ~ dalam masa tiga puluh hari daripada tarikh penyata kewangan dan laporan itu diedarkan kepada ahli-ahlinya;

Tanggungjawab Pengarah Menyediakan Penyata Kewangan

Tiap-tiap pengarah syarikat dikehendaki kemaskini syarikat dengan menyediakan penyata kewangan menurut tempoh berikut: [Seksyen 248(1) AS 2016]

(a) dalam tempoh lapan belas bulan daripada tarikh pemerbadanan; dan

(b) berikutnya, dalam masa enam bulan daripada tahun kewangannya berakhir.

Menutup Syarikat

Jika syarikat itu tidak menjalankan apa-apa aktiviti bisnes beberapa tahun, perkara-perkara kemaskini syarikat hendaklah dilaksanakan dengan sewajarnya. Hal ini sangat penting bagi mengurangkan risiko penalti syarikat yang akan meningkat dari masa ke masa.

ririko menubuhkan syarikat

  • Pematuhan rutin, serah-simpan Laporan Tahunan dan Laporan Kewangan di SSM setiap tahun kalendar (walaupun syarikat dormant);
  • Menjual syarikat itu kepada orang lain; atau
  • Menutup syarikat itu (strike-off) daripada daftar syarikat
  • Penggulungan sukarela

Ketiga-tiga tindakan kemaskini syarikat di atas hendaklah disegerakan supaya risiko ketakpatuhan undang-undang di tahap sifar.  Jika syarikat itu tidak menjalankan aktiviti perniagaan (dorman), ia lebih mudah ditutup dan tidak melibatkan kos yang tinggi. Sebaliknya, jika syarikat itu aktif, tetapi lembaga pengarah tidak mahu meneruskan lagi perniagaan, syarikat itu boleh digulung melalui penggulungan sukarela oleh ahli-ahli.

Kemaskini syarikat dan pematuhan boleh membantu usahawan membuat keputusan sama ada mereka mahu menubuhkan syarikat ataupun sebaliknya. Namun begitu, syarikat sangat disukai disebabkan sifat liabiliti terhad dan prestij.

 

kemaskini-syarikat

 

Perkhidmatan Cukai Setiausaha Syarikat Pejabat Berdaftar Peluang & Idea

 

 

Similar Posts