pelabur-budiman

pelabur-budiman

Konsep Pelabur Budiman

Konsep pelabur budiman telah bermula dizaman Rasullullah s.a.w. lagi. Siti Khadijah r.a. telah memberikan Rasullullah modal untuk berdagang ke negara Shams. Sebagai pulangan, Siti Khadijah r.a. telah memberikan keuntungan yang diperolehi kepada Rasullullah s.a.w. sebagai pengusaha. Dalam konteks ini, Siti Khadijah ialah seorang yang menyediakan wang pelaburan untuk diusahakan oleh Rasullullah s.a.w.

Pemakaian konsep pelabur budiman atau angel investor pertama di negara barat berasal daripada Broadway Theatre, Amerika Syarikat disekitar tahun 1970an. Untuk menyelamatkan persembahan di Broadway Theatre daripada ditutup, sekumpulan orang kaya-kaya telah menyumbangkan dana supaya persembahan di teater itu dapat diteruskan. Kemudian, pemakaian konsep ini terus berkembang subur, yang mana terdapat lebih 200 kumpulan pelabur budiman di Amerika Syarikat pada tahun 2006.

Pelabur budiman merupakan golongan pemodal yang banyak duit, tetapi tidak mempunyai bisnes, atau ada juga yang mempunyai bisnes. Mereka adalah usahawan atau eksekutif yang sudah bersara daripada karier masing-masing, tetapi inginkan duit bekerja untuk mereka. Di Malaysia pula, mereka terdiri daripada persara-persara swasta mahupun kerajaan yang banyak wang hasil daripada simpanan KWSP, simpanan pelaburan, unit amanah dan hartanah.  Mereka ingin mengoptimumkan pelaburan dengan menyertai pelaburan canggih yang dilindungi undang-undang.

Penerima Pelaburan

Masalah yang timbul ialah bagimana golongan pelabur ini hendak mencari penerima pelaburan yang tulen? Hal ini sangat penting bagi memastikan pelaburan pelabur budiman dilindungi oleh undang-undang.

Cradle Fund Sdn. Bhd. merupakan suatu badan yang diiktiraf oleh Kerajaan untuk mengendalikan kegiatan pendanaan. Syarikat ini memadankan pihak yang ingin melabur dengan pihak penerima pelaburan menurut undang-undang.

Golongan yang ingin melabur secara sah dalam syarikat-syarikat berteknogi yang diluluskan boleh menjadi pelabur berdaftar dengan Cradle Fund Sdn. Bhd. Cradle ditubuhkan pada 2003 merupakan sebuah syarikat yang mewakili kerajaan dan dipertanggungjawabkan mencari dan memadankannya dengan penerima pelaburan. Kemudian, Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP) dipertanggungjawabkan untuk menguruskan mekanisma pendanaan projek. Penerima pelaburan pula merupakan suatu syarikat yang sudah mendapat kelulusan daripada MOF dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Melabur Ditempat Selamat

Terdapat golongan pelabur budiman yang melabur dalam syarikat kawan-kawan yang mereka dikenali tanpa menjadi ahli berdaftar Cradle Fund Sdn. Bhd. Mereka terdedah kepada risiko disebabkan meminjamkan wang kepada suatu syarikat yang tiada keupayaan membayar balik serta mendatangkan pelbagai masalah dikemudian hari.

Oleh itu, bagi golongan pelabur yang banyak wang, mereka mempunyai tempat yang selsesa untuk meletakkan wang pelaburan dalam keadaan yang lebih selamat dan sistematik. Untuk mendapatkan informasi lebih lanjut mereka bolehlah menghubungi Cradle Fund di laman web berikut: https://www.cradle.com.my/products/angel-tax-incentive/.

 

pelabur-budiman

 

Setiausaha Syarikat Perkhidmatan Cukai Memilih Rakan Kongsi Perniagaan Yang Bagus

 

 

Similar Posts