risiko menubuhkan syarikat

Ramai newbies yang menubuhkan syarikat sendirian berhad tidak mengambil endah tentang risiko menubuhkan syarikat. Risiko ini terbit daripada ketakpatuhan undang-undang dan kos-kos wajib bagi menanggung sebuah syarikat. Artikel ini memberikan panduan kritikal bagi usahawan yang berhasrat untuk menubuhkan syarikat. Sebelum itu, mari kita lihat sepintas lalu keistimewaan dan kelemahan syarikat sendirian berhad.

Keistimewaan syarikat

  1. Boleh ditubuhkan dengan seorang pengarah dan seorang ahli.
  2. Limited liability
  3. Separate legal personality
  4. Hayat yang berterusan
  5. Boleh memiliki harta

Kelemahan syarikat

  1. Pematuhan undang-undang dan peraturan yang tinggi
  2. Kompaun yang tinggi jika gagal mematuhi peruntukkan statut.
  3. Ditutup melalui proses undang-undang, sangat rumit.
  4. Kadar cukai adalah tinggi, 18% flat rate atas pendapatan bercukai.
  5. Akaun perlu di audit setiap tahun kewangan dalam tempoh yang ditetapkan.

Kos-kos pematuhan wajib terdiri daripada

  • Secretarial fee (KL area), min. RM1,200 setahun.
  • MBRS Annual return RM500 setahun
  • MBRS Audit Report RM500 setahun
  • Audit below RM1M turnover RM1,800 setahun (anggaran).
  • CTC & Photocopy RM200 setahun

Risiko menubuhkan syarikat boleh dilihat daripada kelemahan syarikat dan kos-kos untuk menanggung suatu syarikat. Jika tiada kemampuan, lebih afdal tubuhkan dahulu milikan tunggal dan apabila bisnes sudah meningkat maju, boleh ditukar kepada sendirian berhad.

Kebanyakan meraka yang datang menubuhkan syarikat adalah untuk suatu yang tidak pasti, bukannya menaiktaraf milikan tunggal kepada syarikat. Misalnya, mereka dijanjikan dengan suatu projek yang perlukan syarikat. Kemudian, projek yang dijanjikan entah kemana dan tinggallah syarikat itu dormant begitu sahaja. Hal ini mengakibatkan risiko menubuhkan syarikat ditanggung oleh semua pegawai atau pengarah syarikat.

Mungkin juga pada tahun pertama bisnes tidak menjadi, atau pelbagai masalah lain. Lalu give-up, dan membiarkan syarikat begitu sahaja tanpa usaha-usaha pematuhan supaya risiko penubuhan syarikat dapat dikurangkan.

Beberapa pertimbangan jika ingin menubuhkan syarikat

  1. Hendaklah mampu menampung kos-kos pematuhan walaupun syarikat masih belum mendatangkan hasil.
  2. Menukar bisnes milikan tunggal yang sudah maju kepada sendirian berhad.
  3. Hendak membeli rumah kedai, bagi perniagaan yang sudah berjalan.
  4. Hendak menjalankan bisnes joint venture dengan syarikat lain.
  5. Pelabur asing hendak melabur dalam perniagaan.
  6. Sebagai investee berdaftar dengan MBAN untuk mohon pinjaman daripada angel investor.
  7. Menjalankan perniagaan pembangunan hartanah.
  8. Pinjaman daripada bank mensyaratkan mesti mempunyai syarikat.

Jika syarikat itu tidak menjalankan apa-apa aktiviti bisnes beberapa tahun, perkara-perkara berikut hendaklah dilaksanakan segera. Hal ini sangat penting bagi mengurangkan risiko menubuhkan syarikat meningkat dari masa ke masa.

ririko menubuhkan syarikat

  • Pematuhan rutin, serah-simpan Laporan Tahunan dan Laporan Kewangan di SSM setiap tahun kalendar (walaupun syarikat dormant);
  • Menjual syarikat itu kepada orang lain; atau
  • Menutup syarikat itu (strike-off) daripada daftar syarikat

Ketiga-tiga tindakan di atas hendaklah disegerakan supaya risiko ketakpatuhan undang-undang di tahap sifar.  Jika syarikat itu tidak menjalankan aktiviti perniagaan (dorman), ia lebih mudah ditutup dan tidak melibatkan kos yang tinggi. Sebaliknya, jika syarikat itu aktif, tetapi lembaga pengarah tidak mahu meneruskan lagi perniagaan, syarikat itu boleh digulung melalui proses mahkamah.

Isu-isu risiko menubuhkan syarikat ini boleh membantu usahawan membuat keputusan sama ada mahu tubuhkan syarikat ataupun sebaliknya. Risiko menubuhkan syarikat perlulah minimum, elakkan daripada kompaun ketakpatuhan undang-undang dan peraturan syarikat.

 

risiko-menubuhkan-syarikat

 

Perkhidmatan Cukai Setiausaha Syarikat Pejabat Berdaftar Peluang & Idea

 

Belajar Daripada Kegagalan Bisnes – Resepi Untuk Berjaya

 

 

Similar Posts