teori oraganik personaliti syarikat

minda dan kuasa syarikat

APAKAH MINDA DAN PERSONALITI SYARIKAT?

Syarikat tidak mempunyai keupayaan untuk bertindak bagi dirinya sendiri disebabkan ia merupakan orang buatan undang-undang. Suatu syarikat boleh melantik ejen yang diberikan autoriti tertentu oleh lembaga pengarah bagi menjalankan sesuatu tugas tertentu. Jelaslah, minda dan personaliti syarikat terletak ditangan lembaga pengarah dan ahli-ahlinya.

Lembaga Pengarah pula memberi kuasa kepada ejen yang berkaitan untuk melaksanakan sesuatu keputusan yang telah diputuskan. Kuasa-kuasa tersebut diperuntukkan kepada ejen supaya bertindak melaksanakan sesuatu mengikut perintah dan arahan tertentu bagi kepentingan syarikat.

Mahkamah mengiktiraf lembaga pengarah dan ahli-ahlinya sebagai dua buah organ yang mengawal minda syarikat. Kuasa-kuasa ini diperolehi melalui ketetapan-ketetapan biasa atau khas yang diluluskan dalam mesyuarat ahli-ahlinya.

Teori Organik Syarikat

Jelasnya, apabila lembaga pengarah bertindak dalam ruang lingkup kuasa yang dikawal oleh Akta atau Perlembagaan Syarikat, maka tindakan mereka merupakan suatu arahan sah daripada syarikat. Oleh itu, tindakan organ-organ dalam syarikat merupakan tindakan syarikat itu sendiri dan keputusan pengarah-pengarah mencerminkan keputusan yang diambil oleh syarikat.

Dalam teori organik, minda dan personaliti syarikat, merupakan minda dan personaliti pengarah-pengarahnya. Jelaslah bahawa, tindakan dan keputusan syarikat menggambarkan tindakan lembaga pengarahnya.

Kesan Undang-undang

Teori organik minda dan personaliti syarikat ini merupakan lanjutan daripada undang-undang ejensi. Seseorang yang mempunyai autoriti nyata atau tersirat dalam sesetengah kes boleh dianggap sebagai bukan sahaja agen syarikat tetapi merupakan tindakan syarikat itu sendiri. Tujuan teori organik ini ialah untuk memastikan bahawa syarikat boleh dikenali melalui individu yang mengawalnya dan hanya digunakan oleh Mahkamah dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja.

Oleh itu, siapakah yang boleh dianggap sebagai organ-organ syarikat? Menurut undang-undang lazim dalam kes H L Bolton (Engineering) Co Ltd lwn T J Graham & Sons Ltd, Lord Denning membuat analogi bahawa perniagaan sesuatu syarikat dikendalikan oleh para pengarah. Mahkamah memutuskan bahawa matlamat pengarah adalah juga merupakan matlamat syarikat.

Menurut teori organik minda dan personaliti syarikat, para pengarah dan anggota-anggota lain seperti pengurus-pengurus dianggap sebagai mewakili minda dan arahan syarikat bagi tujuan mentadbir dan mengawal segala urusan perniagaan. Kedudukan minda pengurus-pengurus syarikat juga merupakan kedudukan minda syarikat dan diperakui sah oleh undang-undang.

Namun begitu, seseorang pekerja dan ejen yang dianggap sebagai kaki tangan syarikat bagi melaksanakan tugas-tugas tidak boleh dianggap sebagai mewakili minda dan arahan syarikat.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, doktrin teori organik minda dan personaliti syarikat lahir daripada sifat syarikat yang tidak mampu bertindak sendirian. Tindakan pengarah, ahli-ahlinya dan pegawai-pegawai kanannya merupakan tindakan syarikat dan diiktiraf sah oleh undang-undang. Syarikat merupakan alter ego yang memberi perlindungan dan immuniti kepada pengarah daripada tindakan undang-undang dalam menjalani tugas dan kewajipan mereka.

 

teori organik personailiti syarikat

 

Syarikat Pemegangan Pejabat Berdaftar Perkhidmatan Cukai Setiausaha Syarikat

 

 

 

Similar Posts