setiausaha syarikat malaysia

Setiausaha Syarikat Berlesen SSM

Kami merupakan setiausaha syarikat berlesen SSM menawarkan perkhidmatan kesetiausahaan syarikat bagi syarikat sendirian berhad dan juga yayasan. Perkhidmatan setiausaha syarikat yang kami tawarkan juga meliputi bidang-bidang lain seperti percukaian, perakauanan, undang-undang perniagaan dan latihan perniagaan.

Berikut antara tugas-tugas biasa bagi seorang setiausaha syarikat berlesen SSM:

  • Penubuhan Syarikat
  • Kemaskini dan Menyelenggara Buku Daftar dan Buku Minit
  • Mengeluarkan Resolusi Bertulis Pengarah atau Ahli Syarikat Seperti yang Diarahkan
  • Mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah atau Mesyuarat Ahli
  • Menasihati Lembaga Pengarah dalam sebarang urusan berkaitan dengan undang-undang syarikat
  • Serahsimpan Laporan Tahunan di pejabat SSM Setiap Tahun Kalendar
  • Melaksanakan Malaysia Business Reporting Standard (MBRS)
  • Kemaskini, Meminda atau Mengganti  Perlembagaan Syarikat
  • Memastikan Syarikat Mematuhi Undang-undang dan Peraturan Akta Syarikat 2016
  • Mendidik Pengarah Syarikat Dengan Mengikuti Kursus Pengenalan Pengarah Syarikat
  • Pemotongan Nama Syarikat Daripada Daftar Di bawah Seksyen 549 CA 2016
  • Pemindahan Syer

Memotong Nama Syarikat Daripada Daftar

Syarikat terdiri daripada syarikat dorman, semi aktif dan aktif. Bagi mengelakkan syarikat dikenakan denda atau penalti oleh SSM, pengarah syarikat dorman hendaklah memotong nama syarikat daripada daftar secepat yang boleh dilaksanakan tanpa berlengah. Untuk menutup syarikat dorman, syarikat itu hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Syarikat itu tidak pernah membuka perniagaan sejak ditubuhkan atau tidak menjalankan perniagaan atau berhenti menjalankan operasi perniagaannya untuk beberapa waktu;
  2. Syarikat tidak berhasrat untuk membuka atau menjalankan operasi perniagaan pada masa hadapan;
  3. Syarikat tidak mempunyai aset atau liabiliti termasuk baki caj dalam Buku Daftar Caj;
  4. Syarikat tidak mempunyai dana yang cukup (tiada wang) untuk membayar perbelajaan penggulungan;
  5. Syarikat tidak mempunyai penalti tertunggak atau tawaran kompaun di bawah Akta Syarikat 2016;
  6. Syarikat tidak mempunyai cukai tertunggak atau lain-lain tanggungan dan tidak berhutang dengan kerajaan/jabatan kerajaan/agensi kerajaan di Malaysia;
  7. Syarikat tidak membuat apa-apa pemulangan modal kepada pemegang syer;
  8. Maklumat syarikat dengan Pendaftar seperti yang di tunjukkan dalam cetakan adalah yang terkini;
  9. Syarikat tidak terlibat dalam mana-mana prosiding undang-undang dalam atau di laur Malaysia;
  10. Syarikat bukannya suatu syarikat pemegangan atau suatu subsidiari kepada badan korporat lain;
  11.  Syarikat bukannya suatu “Perbadanan Penjamin”.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Penutupan Syarikat

  1. Bayaran Fi Permohonan
  2. Penyata Permohanan Menutup Syarikat
  3. Resolusi Khas majoriti ahli bersetuju dan meluluskan penutupan syarikat
  4. Salinan cetakan komputer terkini maklumat syarikat
  5. Statutory Declaration setiap pengarah
  6. Management Account/ Penyata Kewangan Beraudit (jika diminta) syarikat

SSM telah menetapkan management account yang tidak diaudit diterima dalam proses memotong nama syarikat daripada daftar dengan syarat syarikat tidak memiliki aset dan liabiliti.

Walau bagaimanapun, kemungkinan SSM memohon syarikat untuk mengemukakan laporan audit selepas serah-simpan permohonan pemotongan nama syarikat daripada daftar atas budi bicara SSM sendiri.

Perkhidmatan Setiausaha Syarikat Berlesen SSM yang ditawarkan ialah:

  1. Penubuhan syarikat terhad oleh syer
  2. Penubuhan syarikat terhad oleh jaminan (yayasan)
  3. Penubuhan Perkongsian Liabiliti Terhad
  4. Menggantikan M & A lama  dengan Perlembagaan
  5. Memotong nama syarikat daripada daftar
  6. Pelaporan MBRS
  7. Maklumat dan profail syarikat
  8. Perubahan Pengarah (perlantikan dan pemberhentian)
  9. Perubahan pemegang syer dan pemindahan syer
  10. Perubahan nama syarikat

 

Panduan Memotong Nama Syarikat Daripada Daftar (Tutup Syarikat)
Kesalahan Tidak Menghantar Penyata Tahunan
Jadual Fees SSM
Akta Syarikat 2016

 

 

Perkhidmatan Cukai Nama Perniagaan Denda dan Penalti Cukai Perniagaan Yang Bagus
Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *