setiausaha syarikat malaysia

setiausaha-syarikat-berlesen

PENGENALAN

Kami merupakan setiausaha syarikat berlesen, menawarkan perkhidmatan kesetiausahaan syarikat bagi kawasan Selangor, Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur. Perkhidmatan setiausaha syarikat yang kami tawarkan juga meliputi bidang-bidang lain seperti percukaian, perakauanan, undang-undang perniagaan dan latihan perniagaan.

Tugas-tugas Setiausaha Syarikat

Berikut antara tugas-tugas biasa bagi seorang setiausaha syarikat berlesen:

    • Penubuhan Syarikat
    • Kemaskini dan Menyelenggara Buku Daftar dan Buku Minit
    • Mengeluarkan Resolusi Bertulis Pengarah atau Ahli Syarikat Seperti yang Diarahkan
    • Mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah atau Mesyuarat Ahli
    • Menasihati Lembaga Pengarah dalam sebarang urusan berkaitan dengan undang-undang syarikat
    • Serahsimpan Laporan Tahunan di pejabat SSM Setiap Tahun Kalendar
    • Melaksanakan Malaysia Business Reporting Standard (MBRS)
    • Kemaskini, Meminda atau Mengganti  Perlembagaan Syarikat
    • Setiausaha Syarikat berlesen memastikan syarikat mematuhi undang-undang dan peraturan syarikat
    • Mengendalikan Kursus-kursus yang Berkaitan Dengan Tadbir Urus Syarikat
    • Pemotongan Nama Syarikat Daripada Daftar Di bawah Seksyen 549 CA 2016
    • Pemindahan Syer
Memotong Nama Syarikat Daripada Daftar

Syarikat terdiri daripada syarikat dorman, semi aktif dan aktif. Bagi mengelakkan syarikat dikenakan denda atau penalti oleh SSM, pengarah syarikat dorman dinasihatkan untuk memotong nama syarikat mereka daripada daftar secepat yang boleh dilaksanakan. Untuk memotong nama syarikat dorman, setiausaha syarikat berlesen perlu memastikan syarat-syarat berikut dipatuhi:

  1. Setiausaha Syarikat berlesen perlu memastikan syarikat itu tidak pernah membuka perniagaan sejak ditubuhkan atau tidak menjalankan perniagaan atau berhenti menjalankan operasi perniagaannya untuk beberapa waktu;
  2. Syarikat tidak berhasrat untuk membuka atau menjalankan operasi perniagaan pada masa hadapan;
  3. Syarikat tidak mempunyai aset atau liabiliti termasuk baki caj dalam Buku Daftar Caj;
  4. Syarikat tidak mempunyai dana yang cukup (tiada wang) untuk membayar perbelajaan penggulungan;
  5. Syarikat tidak mempunyai penalti tertunggak atau tawaran kompaun di bawah Akta Syarikat 2016;
  6. Syarikat tidak mempunyai cukai tertunggak atau lain-lain tanggungan dan tidak berhutang dengan kerajaan/jabatan kerajaan/agensi kerajaan di Malaysia;
  7. Syarikat tidak membuat apa-apa pemulangan modal kepada pemegang syer;
  8. Maklumat syarikat dengan Pendaftar seperti yang di tunjukkan dalam cetakan adalah yang terkini;
  9. Syarikat tidak terlibat dalam mana-mana prosiding undang-undang dalam atau di laur Malaysia;
  10. Syarikat bukannya suatu syarikat pemegangan atau suatu subsidiari kepada badan korporat lain;
  11.  Syarikat bukannya suatu “Perbadanan Penjamin”.
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memotong Nama Daripada Daftar

Perkara-perkara berikut diperlukan oleh setiausaha syarikat berlesen untuk memotong nama daripada daftar:

  1. Bayaran Fi Permohonan
  2. Penyata Permohanan Menutup Syarikat
  3. Resolusi Khas majoriti ahli bersetuju dan meluluskan penutupan syarikat
  4. Salinan cetakan komputer terkini maklumat syarikat
  5. Statutory Declaration setiap pengarah
  6. Management Account/ Penyata Kewangan Beraudit (jika diminta) syarikat

Setiausaha syarikat berlesen hendaklah menyediakan “management account” yang bagi tujuan memotong nama syarikat daripada daftar dengan syarat syarikat tidak memiliki aset dan liabiliti.

Walau bagaimanapun, kemungkinan SSM memohon syarikat untuk mengemukakan laporan audit selepas serah-simpan permohonan pemotongan nama syarikat daripada daftar atas budi bicara SSM sendiri.

PERKHIDMATAN SETIAUSAHA SYARIKAT BERLESEN
  1. Penubuhan syarikat terhad oleh syer
  2. Penubuhan syarikat terhad oleh jaminan (yayasan)
  3. Penubuhan Perkongsian Liabiliti Terhad
  4. Menggantikan M & A lama  dengan Perlembagaan
  5. Memotong nama syarikat daripada daftar
  6. Pelaporan MBRS
  7. Maklumat dan profail syarikat
  8. Perubahan Pengarah (perlantikan dan pemberhentian)
  9. Perubahan pemegang syer dan pemindahan syer
  10. Perubahan nama syarikat
KESIMPULAN

Statut menetapkan suatu syarikat perlu mempunyai sekurang-kurangnya seorang setiausaha syarikat berlesen. Mereka berfungsi sebagai orang yang menasihati lembaga pengarah supaya syarikat mematuhi segala peruntukan undang-undang di bawah Akta Syarikat 2016.

Panduan Memotong Nama Syarikat Daripada Daftar (Tutup Syarikat)

Kesalahan Tidak Menghantar Penyata Tahunan


Perkhidmatan Cukai Nama Perniagaan Denda dan Penalti Cukai Perniagaan Yang Bagus
Similar Posts