supplier

Kamal Al Rahman

PENGENALAN

Sebagai seorang kakitangan yang cekap dan berbakat, seseorang itu boleh membantu syarikat dalam membuat keputusan strategik  yang baik dan mantap. Tambahan pula, untuk membuat suatu keputusan dalam keadaan banyak pilihan dan banyak pula pertimbangan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat dalam memilih suatu yang terbaik. Misalnya memilih seorang kontraktor daripada beberapa sebut harga yang diterima, atau memilih seorang pembekal mesin kilang daripada beberapa orang pembekal lain.

Acapkali pilihan-pilihan yang ada atas sesuatu keputusan itu dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran. Faktor-faktor luaran ini dikenali sebagai pembolehubah bersandar, yakni mempunyai perkaitan langsung dengan pilihan-pilihan terbaik yang ditentukan oleh syarikat. Teknik analisa membuat keputusan yang paling sesuai digunakan dalam kes seperti ini ialah Analisa Grid.

ANALISA GRID

Analisa Grid sangat sesuai diguna pakai untuk membuat keputusan memilih satu daripada beberapa pilihan terbaik yang ditetapkan. Pilihan-pilihan ditetapkan ini mempunyai perkaitan dengan beberapa faktor luar, iaitu  pembolehubah bersandar yang lain.  Analisis GRID merupakan suatu teknik membuat keputusan yang amat bermenfaat untuk dipelajari disebabkan:

teknik ini sangat mudah dan berkesan disebabkan ia menggunakan beberapa pilihan yang ditetapkan, disamping mengambil kira berbagai faktor bersandar yang berbeza.

Kebolehan seseorang menggunakan Analisis GRID bermaksud orang itu boleh mengambil sesuatu keputusan dengan penuh yakin dan rasional. Malahan, pada masa yang sama orang lain masih bergelut dan pening kepala untuk membuat keputusan. Misalnya, seorang pengurus syarikat ingin memilih atau melantik seorang kontraktor bagi kerja-kerja pengubahsuaian pejabat. Terdapat beberapa orang kontraktor telah dikenal pasti dan disenarai pendek. Pengurus menugaskan pegawainya membuat suatu keputusan untuk memilih seorang  kontraktor yang dapat menepati kehendak pengurusnya.

Pegawai yang ditugaskan perlu mengambil kira beberapa faktor strategik untuk memilih seseorang kontraktor terbaik bagi kerja-kerja pengubahsuaian pejabat. Sekurang-kurangnya faktor-faktor strategik berikut (pemboleh ubah bersandar) dapat optimumkan; iaitu, kos, jangka masa siap, bahan yang digunakan dan sampel kerja-kerja lepas menunjukkan kemasan penyudah yang cantik dan rapi. Oleh itu, bagaimanakah pegawai  tersebut mampu membuat suatu keputusan yang terbaik dengan mengambil kira semua pilihan-pilihan tersedia dan faktor-faktor yang telah ditentukan?

Bagaimana Menggunakan Analisis GRID?

Dalam Analisa GRID, seseorang itu dikehendaki menyenaraikan perkara-perkara berikut:

(i) Memilih beberapa pertimbangan – letakkan dalam bahagian baris pada jadual.

  Contohnya: Memilih sama ada melantik kontraktor A, B, atau C.

(ii) Pertimbangan beberapa faktor yang berkaitan (pembeoleh ubah bersandar) – diletakkan dalam bahagian lajur pada jadual.

Contoh dan Applikasi:

Misalnya pertimbangan memilih kontraktor daripada sudut kos, tempoh siap, kualiti bahan yang digunakan, dan sampel kerja-kerja lepas dalam projek pembinaan atau pengindahan bangunan/kediaman (renovation).

Kemudian, berikan suatu nilai skor di setiap kombinasi pilihan/faktor dan jumlahkan skor ini untuk mendapatkan jumlah nilai skor bagi setiap pilihan

Berikut adalah langkah-langkah penting dalam membina jadual Analisis GRID.

  • Senaraikan semua pilihan (kontraktor yang ingin dipilih) sebagai label baris dalam jadual. Kemudian, senaraikan pula pertimbangan faktor-faktor yang diambil kira dalam memilih kontraktor di bahagian kepala lajur jadual.
  • Kemudian, isikan bahagian lajur pada jadual dengan nilai-nilai skor bersepadanan dengan setiap pilihan. Nilai skor dipilih berdasarkan skala berikut:

1 – tidak baik

2 – kurang baik

3 – baik

4 – sangat baik

Akhir sekali, isikan dalam bahagian baris pertimbangan faktor-faktor yang telah ditetapkan berdasarkan nilai skor menurut skala berikut:

gridscale

Kedah Menggunakan:

  • Dharabkan mata skor di peringkat 2 dengan faktor-faktor nilai menurut darjah perbezaan kepentingan yang ditentukan di peringkat 3. Hal ini akan memberikan jumlah pemberat mata skor bagi setiap satunya.
  • Akhirnya, jumlahkan pemberat mata skor ini untuk setiap satu pilihan kontraktor. Kesimpulannya, pilihan kontraktor yang mempunyai pemberat mata skor tertinggi akan dipilih.

Contoh 1:

Pilihan kontraktor-kontraktor:

Memilih satu kontraktor daripada senarai pendik berikut.

  • Kontraktor A
  • Kontraktor B
  • Kontarktor C

Faktor-faktor yang diambil kira:

  • Bahan yang bermutu (mutu)
  • Sampel daripada kerja-kerja yang lepas (kualiti kerja)
  • Harga yang berpatutan (harga)
  • Jangka masa siap (jangka masa)

Mulakan dengan melakar suatu jadual seperti dalam Jadual 1 di bawah, dan letakkan skor pada setiap pilihan dengan cara sejauh mana bagusnya ia dapat memenuhi setiap faktor yang ditetapkan.

Jadual 1:

Contoh Analisa Grid Menunjukkan Penilaian Tidak Berwajaran Bagaimana Setiap Kontraktor Dapat Memenuhi Setiap Faktor

jadual1DM

Jadual 2:

Contoh Analisis Grid Menunjukkan Penilaian Berwajaran Bagaimana Setiap Kontraktor Memenuhi Setiap Faktor

Jad2DM

Kesimpulan:

Berdasarkan Analisis Grid di atas, keputusan memihak kepada Kontraktor C dengan jumlah mata skor tertinggi 45. Kesimpulannya, Kontraktor C wajar dipilih.


 

Similar Posts