trainstation

Model GST yang diperkenalkan adalah untuk menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan terdahulu yang mempunyai pelbagai kelemahan. Hal ini bermaksud GST bukanlah suatu cukai lain yang diperkenalkan oleh kerajaan, tetapi ia merupakan suatu sistem percukaian baharu bagi menggantikan sistem percukaian lama yang sudah ketinggalan.

Sistem Percukaian Lama

Sistem percukaian di Malaysia terdiri daripada cukai langsung dan cukai tidak langsung. Komponen cukai langsung yang ditadbir oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terdiri daripada cukai pendapatan korporat, cukai pendapatan individu, cukai keuntungan harta tanah dan juga duti setem. Cukai tidak langsung ditadbir oleh Jabatan Kastam DiRaja Malaysia menguruskan duti kastam, duti eksais, cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

Jadual 1.04 menunjukkan perbezaan utama cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Kedua-dua jenis cukai tersebut merupakan cukai penggunaan satu peringkat sahaja, iaitu tiada cukai lain dikenakan atas tambah nilai di setiap peringkat, misalnya; di peringkat pemborongan dan peruncitan.

gst4

Bagaimana Cukai Jualan Berfungsi?

Cukai jualan akan dikenakan sekali sahaja atas pengilang seperti yang digambarkan dalam Rajah 1.1 berikut:

gst6

Cukai jualan akan dikenakan oleh Kastam pada peringkat pengilangan sahaja, dan cukai tersebut terbenam dalam harga barang dan ditanggung oleh pengguna akhir. Tidak terdapat cukai yang dikenakan atas tambah nilai di setiap peringkat perniagaan, dan tiada cukai input boleh dituntut daripada Kastam sebelum barang sampai ke tangan pengguna.

Bagaimana Cukai Perkhidmatan Berfungsi?

Cukai perkhidmatan pula akan dikenakan oleh Kastam kepada penyedia perkhidmatan dan ditanggung oleh sektor perniagaan dan pengguna. Seperti juga dengan cukai jualan, penyedia perkhidmatan dan juga sektor perniagaan berasaskan perkhidmatan tidak boleh menuntut kembali cukai input daripada Kastam dalam sistem percukaian lama.

Rajah 1.02 di bawah menunjukkan cukai perkhidmatan akan pindahkan kepada pengguna akhir, iaitu sama ada sektor perniagaan ataupun pengguna akhir.gst5


@ Hakcipta Kama Godin 2018

Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan menyiar ulang mana-mana bahagian tulisan, rajah, gambar dan keseluruhan isi kandungan artikel ini dalam apa-apa bentuk dan dalam apa juga cara sekalipun samada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau  cara-cara lain sebelum mendapat keizinan daripada penulis.

Similar Posts