zakat perniagaan-angkasa

Seorang ulama tabi’in dan ahli ekonomi Islam yang masyhur bernama Ubaid yang lahir pada tahun 154H menukilkan seperti berikut:

“Maimun Ibn Mihran (Setiausaha kepada Umar Ibnu Aziz) menjelaskan, apabila sudah tiba tempohnya kamu berzakat (cukup haul), hitunglah berapa jumlah wang tunai yang ada padamu, dan barang perniagaan yang ada, nilaikanlah ia dengan matawang, begitu juga segala hutang pelangganmu yang mampu (diharapkan kembali) hendaklah diambil kira dan kemudian tolakkan hutangmu sendiri, baharulah dikeluarkan zakat atas bakinya itu.”

Berdasarkan doktrin di atas, ia boleh diterjemahkan sebagai berikut:

 ASET SEMASA – LIABILITI SEMASA = BAKI ASET SEMASA BERSIH

= BAKI (+VE) x 2.5% = JUMLAH ZAKAT KENA BAYAR

= BAKI (-VE), TIDAK WAJIB ZAKAT SEBAB TIDAK SEMPURNA MILIK

Pengiraan zakat perniagaan pada hari ini adalah berdasarkan formula di atas. Ringkasnya, baki aset semasa bersih sesuatu perniagaan boleh didapati dalam Kunci kira-kira perniagaan itu. Berbeza dengan pengiraan cukai pendapatan yang berasaskan akaun untung dan rugi, keuntungan yang dikira berasaskan invois, yakni, pendapatan belum lagi diperolehi tetapi sudah sedia kira dalam pengiraan cukai.

Similar Posts